00 Pengenalan MiSHA
MMISHA 2026MBIP · Safety organization
Current chapterPengenalan MiSHA
Environment
Logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Logo Malaysian Industrial Safety and Health Association Malaysian Industrial Safety and Health Association (MiSHA)

Jabatan Kesihatan Awam

Sesi Penilaian

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan & Unit Alam Sekitar

MiSHA Asia Excellence Awards 2026

Continue to opening
Aerial view of the Majlis Bandaraya Iskandar Puteri building
Evidence-ledOSH culture2026 submission

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

MISHA 2026

A bold, curated walkthrough of MBIP's occupational safety and health evidence, built to move from policy to proof without losing momentum.

01

Introduction About the Organization

LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar Raya Iskandar Puteri, Johor yang terletak di Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri.

Majlis ini berfungsi untuk memberikan pelbagai perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan serta penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. MBIP ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar, Yang Berhormat Dato' Haji Hasrin Kamal bin Hashim dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. MBIP merupakan pihak berkuasa tempatan kedua di negeri Johor yang bertaraf Bandar Raya.

02

About the Site, Project, Branch, Factory & Office

Jumlah keseluruhan warga kerja MBIP

1,071orang Nisbah warga kerja lelaki dan perempuan ialah 2:1
67%
Lelaki715
33%
Perempuan356
49%
Kakitangan tetap517
49.3%
Kontrak termasuk interim525
2.7%
Kakitangan MySTEP29
%98tenaga kerja tetap dan kontrak
22jabatan dan unit
21personel PCF12 PCF MBIP · 9 PCF Luar
2kompleks pentadbiran utama
MBIP MediniMBIP Skudai
Demografi Warga Kerja MBIP 2026

ABOUT THE SITE / PROJECT / BRANCH / FACTORY / OFFICE

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mempunyai seramai 1,071 orang warga kerja yang terdiri daripada 715 orang lelaki (67%) dan 356 orang perempuan (33%). Nisbah warga kerja MBIP adalah 2:1, menunjukkan penglibatan tenaga kerja lelaki yang lebih tinggi berbanding wanita dalam pelbagai bidang perkhidmatan dan operasi bandar raya.

Dari segi kategori perjawatan, MBIP mempunyai 517 orang kakitangan tetap, 525 orang kakitangan kontrak termasuk kontrak interim, serta 29 orang kakitangan MySTEP. Ini menunjukkan bahawa hampir 98% tenaga kerja MBIP terdiri daripada kakitangan tetap dan kontrak, yang memainkan peranan penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkesan kepada masyarakat.

Selain itu, MBIP mempunyai 22 jabatan dan unit yang menyokong pelaksanaan fungsi utama organisasi. Terdapat 21 orang terlibat dalam Program Penempatan Silang (PCF) yang terdiri daripada 12 orang (MBIP) dan 9 orang (lain-lain PBT). Bagi kakitangan dalam skim Malaysia Short-Term Employement Programme (MySTEP) juga berperanan sebagai inisiatif tambahan pembangunan kerjaya dan peningkatan kompetensi tenaga kerja.

Dengan kekuatan lebih 1,000 warga kerja, MBIP terus komited untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan, meningkatkan kecekapan organisasi dan merealisasikan aspirasi bandar raya yang mampan, sejahtera dan berdaya saing selaras dengan nilai korporat Cekap, Telus, Berintegriti dan Inovatif.

03

Organization Chart

01

DATUK BANDAR

Dato' Haji Hasrin Kamal bin Hashim

Dato' Haji Hasrin Kamal bin Hashim merupakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Beliau mula menyandang jawatan tersebut bermula 14 Julai 2025.

Sebelum ini beliau pernah menyandang beberapa jawatan lain-lain di jabatan dalam negeri Johor. Antaranya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) 2024-2025, Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Muar (2023-2024), Pegawai Daerah di Pejabat daerah Segamat (2022-2023), dan Setiauasaha Bahagian di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (2018-2022).

SETIAUSAHA

Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin

Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin ialah Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan mula menyandang jawatan ini pada 16 Oktober 2025.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Batu Pahat (2022-2025).

02

CARTA ORGANISASI

Majlis Bandaraya
Iskandar Puteri

14 jabatan6 unit

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) diketuai oleh Datuk Bandar yang dibantu oleh Setiausaha dan Timbalan Setiausaha. Struktur organisasi MBIP terdiri daripada 14 jabatan dan 6 unit yang berperanan dalam mengurus aspek pentadbiran, pembangunan bandar, kesihatan awam, penguatkuasaan, kejuruteraan, teknologi maklumat serta perkhidmatan kepada masyarakat secara berkesan dan sistematik.

04

Obtained ISO 45001:2018 Certification

PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MS ISO 45001:2018

Pensijilan MS ISO 45001:2018 yang diperoleh pada
Menjadikan MBIP antara pihak berkuasa tempatanyang mengamalkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bertaraf antarabangsasecara menyeluruh dalam operasi dan perkhidmatan kepada masyarakat
05

Obtained OSH Awards Previously from MiSHA

KECEMERLANGAN MBIP DI PERSADA MiSHA ASIA

MiSHA Asia Excellence Awards on OSH Principles of Prevention (OSHPoP)

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) terus mengukuhkan kecemerlangan dalam pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) melalui pengiktirafan berprestij di peringkat kebangsaan dan Asia.

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan MBIP dalam membudayakan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kelestarian alam sekitar ke arah organisasi berprestasi tinggi serta tempat kerja yang selamat dan sihat."

06

Obtained OSH Awards Previously from Other Organization

PENCAPAIAN MBIP DALAM ANUGERAH KKP YANG LAIN

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) terus membuktikan komitmen yang tinggi dalam membudayakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) melalui pelbagai pengiktirafan berprestij di peringkat kebangsaan dan negeri.

Antara pencapaian membanggakan MBIP termasuk penerimaan MSOSH Award 2021 Gold Class II, penyertaan dalam Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, serta pengiktirafan Safety Excellence Elite Award (MSOSH CUEPACS) Ke-43 pada tahun 2025.

Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan MBIP dalam memperkukuhkan sistem pengurusan KKP, meningkatkan budaya kerja selamat serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga kerja sentiasa diberi keutamaan. Kejayaan ini juga menjadi pemangkin kepada MBIP untuk terus mencapai kecemerlangan dan menjadi contoh terbaik dalam pelaksanaan amalan KKP yang berkesan.

0

Criterion 07

Confirmation of Zero Fatality from 1st January 2025 to Present

Zero Fatality

Mengikut Daftar Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Berjangkit tahun 2025, jumlah keseluruhan warga kerja seramai 1042 orang dengan jumlah kemalangan membawa maut adalah sifar.

Walaupun tiada kematian dilaporkan, namun jumlah kes kehilangan hari bekerja sebanyak 2 kes. Usaha meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan pekerja masih di adalah perlu bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat di MBIP serta membudayakan amalan bekerja dengan selamat

08

Confirmation of No Property Damage Exceeding RM1 Million from 1st January 2025 to Present

Below threshold RM0.00

No property damage exceeding RM1 million

09

Confirmation of Zero Compound from Regulator / DOSH from 1st January 2025 to Present

ZERO COMPOUND FROM DOSH 20252026

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri tidak mencatatkan sebarang kompoun daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) bermula 1 Januari 2025 sehingga 1 Mac 2026. Namun demikian, pihak MBIP akan terus komited bagi memastikan undang-undang keselamatan sentiasa dipatuhi dan ditingkatkan dari masa ke semasa.

0
Kompoun DOSH1 Januari 2025 — 1 Mac 2026
10

Top 3 OSH Risk

Tahap Risiko9

Mesin chain saw

Tahap Risiko6

Bunyi bising

Tahap Risiko6

Cuaca kurang baik

9 Prinsip Pencegahan

9 prinsip pencegahan ini berpandukan daripada HIRARC dari pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja yang menjalankan tugas. Langkah pencegahan ini boleh di kawal mengikut keutamaan, yang boleh digunakan untuk menghapuskan atau meminimumkan risiko.

11 - 20

Manage Top 3 Risks Based on OSH Principle of Prevention (OSHPoP)

21

OSH Rules, Procedures & Work Instructions Related to Top 3 OSH Risks

SENARAI PROSEDUR PENGURUSAN DAN OPERASI

SENARAI PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) MBIP

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) komited dalam memastikan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) sentiasa berkesan, sistematik dan mematuhi keperluan MS ISO 45001:2018. Sehubungan itu, sistem pengurusan KKP MBIP dibangunkan secara menyeluruh berpandukan MS ISO 45001:2018 dan dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu Manual KKP, Prosedur Pengurusan dan Prosedur Operasi yang merangkumi 56 dokumen bagi memastikan semua aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilaksanakan secara sistematik dan seragam di seluruh jabatan.

Viewable PDFSenarai Induk Dokumen KKP (Prosedur Operasi dan Pengurusan)
Download PDF ↓

TAKLIMAT PENGURUSAN KONTRAKTOR

TAKLIMAT PENGURUSAN KONTRAKTOR

Pada 26 Jun 2026 (Jumaat), Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) MBIP telah mengadakan Taklimat Pengurusan Kontraktor bagi memberi penerangan mengenai keperluan pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa menjalankan kerja di premis MBIP.

Taklimat ini merangkumi penerangan berkaitan Permit to Work (PTW), Permit Kerja di Tempat Tinggi, Permit Kerja Panas, Permit Memasuki Ruang Terkurung, serta keperluan pemberitahuan projek pembinaan melalui Borang JKKP 12 di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024. Turut ditekankan ialah kepentingan pematuhan prosedur kerja selamat, penggunaan Alat Pelindung Diri (PPE) serta kawalan risiko bagi memastikan setiap kerja dilaksanakan dengan selamat, teratur dan mematuhi kehendak perundangan.

TAKLIMAT PENGURUSAN KONTRAKTOR

1
2
3
4
5
6
0106

DASAR DAN PERATURAN KKP

HEBAHAN DASAR DAN PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN MBIP

MEMO

Aplikasi WhatsApp

POSTER

PORTAL RASMI

LOKASI DASAR DAN PERATURAN KKP

LOKASI DASAR DAN PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN MBIP

MEDIUM AKSES INDIVIDU DAN DIGITAL

PAPARAN DI RUANG KERJA DAN KAWASAN AWAM

22

Related OSH Promotion Activities

BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENAKSIRAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC)

7 DAN 8 MEI 2026 I RAMADA BY WYNDHAM MERIDIN JOHOR BAHRU

Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah HIRARC, bermula daripada mengenal pasti hazard, menilai tahap risiko hingga menetapkan langkah kawalan yang sesuai. Bengkel ini membantu MBIP mengurus risiko kerja secara lebih sistematik supaya persekitaran kerja kekal selamat, sihat dan mematuhi keperluan KKP.

BENGKEL PENGENALPASTIAN HAZARD, PENAKSIRAN RISIKO DAN KAWALAN RISIKO (HIRARC)

HIRARC1
HIRARC2
HIRARC3
HIRARC4
HIRARC5
HIRARC6
0106

KOLABORASI STRATEGIK MBIP BERSAMA NIOSH

3 Mac 2026

Pada 3 Mac 2026, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Pejabat Negeri Johor yang diketuai oleh Puan Nurzuhairah binti Jamil, Pengurus Pejabat NIOSH Negeri Johor – Pengerang.

Kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik MBIP–NIOSH dalam memperkukuh pembudayaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Susulan itu, NIOSH telah terlibat sebagai agensi pameran sempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran Peringkat MBIP pada 20 Mei 2026 serta mempromosikan Program OSHC MADANI yang disertai oleh warga kerja dan kontraktor MBIP.

Kolaborasi ini turut membuka ruang kepada pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) NIOSH bersama MBIP, sekali gus memperkukuh perkongsian kepakaran dan komitmen bersama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.

KOLABORASI NIOSH DAN MBIP

OSHC1
Lawatan NIOSH 1
Lawatan NIOSH 2
Lawatan NIOSH 3
Lawatan NIOSH 4
Pempamer OSH Day MBIP
0106

KURSUS BAHAN KIMIA, TUMPAHAN BAHAN KIMIA DAN ALAT PERLINDUNGAN DIRI (PPE)

31 Mac 2026 I Bilik Auditorium, Aras 1, MBIP

Kursus ini memberi pendedahan kepada warga kerja MBIP mengenai pengendalian dan penyimpanan bahan kimia secara selamat, termasuk cara mengenal pasti bahaya melalui label serta Safety Data Sheet (SDS). Peserta turut didedahkan kepada langkah mengurus tumpahan, tindakan kecemasan dan pemilihan PPE yang sesuai mengikut risiko kerja. Melalui latihan ini, kompetensi peserta diperkukuh bagi memastikan bahan kimia diurus dengan lebih terkawal, selamat dan mematuhi keperluan KKP.

KURSUS BAHAN KIMIA, TUMPAHAN BAHAN KIMIA DAN ALAT PERLINDUNGAN DIRI

LAWATAN TAPAK KE ENJIN GENERATOR
TAKLIMAT1
TAKLIMAT2
TUMPAHAN BAHAN KIMIA
TUMPAHAN BAHAN KIMIA 1
TUMPAHAN BAHAN KIMIA 2
0106

KURSUS JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN (JKK) MBIP

30 Mac 2026 I Bilik Mutiara Aras 2 MBIP

Kursus ini memberi panduan kepada ahli JKK tentang peranan mereka dalam memantau isu KKP, membincangkan tindakan penambahbaikan dan menyokong pematuhan keselamatan di tempat kerja. Program ini memperkukuh fungsi JKK sebagai penggerak budaya kerja selamat di MBIP.

KURSUS JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

KURSUS JAWATANKUASA 1
KURSUS JAWATANKUASA 2
KURSUS JAWATANKUASA 3
KURSUS JAWATANKUASA 4
KURSUS JAWATANKUASA 5
KURSUS JAWATANKUASA 6
0106

LATIHAN CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) DAN PENGGUNAAN MESIN AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILATOR (AED)

14 NOVEMBER 2025 (JUMAAT) I DEWAN UTAMA, BANGUNAN TEMENGGONG IBRAHIM, MBIP

Latihan ini memberi kemahiran asas kepada warga kerja untuk memberi bantuan awal ketika kecemasan jantung atau pernafasan. Melalui sesi teori dan amali, peserta belajar teknik CPR serta penggunaan AED dengan lebih yakin, cepat dan selamat.

LATIHAN CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) DAN PENGGUNAAN MESIN AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILATOR (AED)

LATIHAN CPR 1
LATIHAN CPR 2
LATIHAN CPR 3
LATIHAN CPR 4
LATIHAN CPR 5
LATIHAN CPR 6
0106

LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN (FIRE DRILL) MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

16 Januari 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP

Latihan ini membiasakan warga kerja dengan prosedur tindakan awal sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan di bangunan MBIP. Demonstrasi penyelamatan, taklimat keselamatan dan latihan menggunakan alat pemadam api membantu meningkatkan kesiapsiagaan semua peserta.

LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

LATIHAN KEBAKARAN 1
LATIHAN KEBAKARAN 2
LATIHAN KEBAKARAN 3
LATIHAN KEBAKARAN 4
LATIHAN KEBAKARAN 5
LATIHAN KEBAKARAN 6
LATIHAN KEBAKARAN 7
LATIHAN KEBAKARAN 8
LATIHAN KEBAKARAN 9
LATIHAN KEBAKARAN 10
LATIHAN KEBAKARAN 11
LATIHAN KEBAKARAN 12
0112

LATIHAN KESELAMATAN RUANG TERKURUNG

22 September 2025 I Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP

Latihan ini menerangkan risiko utama bekerja di ruang terkurung serta prosedur kemasukan yang perlu dipatuhi sebelum kerja dijalankan. Peserta turut didedahkan kepada penilaian risiko, penggunaan PPE dan simulasi sebenar bagi mengurangkan risiko kemalangan.

LATIHAN KESELAMATAN RUANG TERKURUNG

LATIHAN KESELAMATAN 1
LATIHAN KESELAMATAN 2
LATIHAN KESELAMATAN 3
LATIHAN KESELAMATAN 4
LATIHAN KESELAMATAN 5
LATIHAN KESELAMATAN 6
0106

Sambutan Minggu Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (OHSE Week 2026) bersama Sunway Group Berhad

5-6 Mei 2026 | Sunway Group Berhad

Program ini menghimpunkan aktiviti kesedaran berkaitan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar bersama Sunway Group Berhad. Melalui penglibatan warga kerja, OHSE Week membantu memperkukuh amalan kerja selamat, tanggungjawab bersama dan budaya tempat kerja yang lebih lestari.

OSHE WEEK BERSAMA SUNWAY GROUP BERHAD

sambutan minggu kesihatan 1
sambutan minggu kesihatan 2
sambutan minggu kesihatan 3
sambutan minggu kesihatan 4
sambutan minggu kesihatan 5
sambutan minggu kesihatan 6
0106

SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT MBIP TAHUN 2026

sambutan hari keselamatan 1
sambutan hari keselamatan 2
sambutan hari keselamatan 3
sambutan hari keselamatan 4
sambutan hari keselamatan 5
sambutan hari keselamatan 6
0106
23

OSH Key Performance Indicator

2Kes kemalangan
61Hari hilang bekerja
1,071Jumlah pekerja
2,159,136Jam bekerja
0.93LTIFR 2025

Berdasarkan statistik yang direkodkan bagi tahun 2025, sebanyak 2 kes kemalangan di tempat kerja telah berlaku, iaitu masing-masing pada bulan April dan Oktober, manakala tiada kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan dilaporkan sepanjang tahun. Kemalangan yang berlaku melibatkan kes terjatuh ketika menuruni tangga serta letupan botol aerosol semasa pembakaran sampah, yang mengakibatkan jumlah keseluruhan 61 hari hilang bekerja. Dengan jumlah pekerja seramai 1,071 orang dan 2,159,136 jam bekerja, nilai Lost Time Injury Frequency Rate (LTIFR) yang dicatatkan ialah 0.93, menunjukkan tahap keselamatan pekerjaan yang masih terkawal namun memerlukan usaha berterusan dalam meningkatkan pematuhan prosedur kerja selamat dan kesedaran keselamatan di tempat kerja.

24

Top Management Walks the Talk

TOP MANAGEMENT WALK THE TALK

Pihak Pengurusan Tertinggi MBIP sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) melalui penglibatan secara langsung dengan pemakaian PPE mahupun dalam pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan.

Antara penglibatan yang signifikan adalah penyertaan dalam Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) pada 16 Januari 2026, bagi memastikan tahap kesiapsiagaan warga kerja menghadapi situasi kecemasan sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Selain itu, Pengurusan Tertinggi turut memainkan peranan penting dengan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) secara berkala bagi membincangkan isu, pencapaian serta tindakan penambahbaikan berkaitan KKP di MBIP.

Komitmen ini diteruskan melalui penglibatan aktif dalam Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat MBIP Tahun 2026 yang telah diadakan pada 20 Mei 2026, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya kerja selamat, sihat dan kondusif dalam kalangan warga kerja serta pihak berkepentingan.

Penglibatan berterusan pihak Pengurusan Tertinggi ini membuktikan bahawa aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan agenda utama organisasi serta menjadi contoh teladan kepada seluruh warga MBIP dalam mengamalkan budaya kerja yang selamat dan sihat.

25

OSH Resources Subject to Yearly Budget

2025RM690,928
+ RM27,502+3.98%Peningkatan peruntukan
2026RM718,430
MS ISO
45001:2018

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sentiasa komited dalam memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui penyediaan peruntukan tahunan yang mencukupi bagi menyokong pelaksanaan program, aktiviti serta inisiatif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Bagi tahun 2026, jumlah peruntukan telah meningkat kepada RM718,430 berbanding RM690,928 pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak RM27,502 (3.98%). Peningkatan ini mencerminkan komitmen berterusan MBIP dalam memastikan sumber yang mencukupi disediakan bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga kerja, selaras dengan keperluan MS ISO 45001:2018 serta usaha penambahbaikan berterusan ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif.

OSH RESOURCES
2025 RM690,928
2026 RM718,430
+3.98% increase in yearly allocation
Peningkatan peruntukan + RM27,502 +3.98% berbanding tahun 2025
26

Determination and Dissemination on OSH Legal and Other Requirements

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri mempunyai sebanyak 36 dokumen Legal and Other Requirements (LOR) yang merangkumi akta, peraturan, kod amalan (ICOP), garis panduan serta prosedur operasi berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Semua dokumen disusun secara sistematik bagi memudahkan rujukan dan memastikan pematuhan terhadap keperluan perundangan serta MS ISO 45001:2018.

27

Best Practices on OSH Risk Management

01

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN (JKK)

01 JAWATANKUASA INDUK
02 JAWATANKUASA KECIL
03 Safety Team
02

SISTEM KAD ACCESS

SISTEM KAD AKSES DI BANGUNAN PEJABAT MBIP, MEDINI

Di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mengamalkan sistem kad akses di setiap pintu dan laluan utama. Ini digunapakai kepada semua warga kerja termasuk pelawat. Ini bagi menjamin keselamatan, bangunan, ICT dan warga kerja secara keseluruhannya.

Warga kerja

Setiap warga kerja diberikan kad pekerja yang digunakan untuk akses ke pejabat yang ditugaskan serta laluan umum. Sekiranya warga kerja ke jabatan yang lain, kad tersebut tidak boleh diakses.

Pelawat

Setiap pelawat yang hadir di pejabat MBIP, akan diberikan kad akses mengikut jabatan yang ingin mereka berurusan sahaja. Setiap kad wajib dipulangkan semula selepas selesai urusan.

SISTEM KAD ACCESS
01PEKERJA 2
02PEKERJA 3
03PELAWAT 1
04PELAWAT 2
05PELAWAT 3
28

Best Practices in Digital Transformation for OSH Risk Prevention

01

BRIDGING THE DIGITAL DIVIDE

PROGRAM ‘BRIDGING THE DIGITAL DIVIDE’

Program “Bridging the Digital Divide” anjuran MBIP bertujuan untuk memastikan masyarakat setempat dapat menikmati akses yang lebih baik kepada teknologi dan perkhidmatan digital selaras dengan aspirasi bandar pintar. Melalui program ini, orang awam diberi pendedahan serta latihan berkaitan penggunaan teknologi digital, aplikasi dalam talian dan perkhidmatan elektronik yang disediakan oleh MBIP dan agensi kerajaan. Inisiatif ini membantu meningkatkan literasi digital, memudahkan urusan harian masyarakat serta memastikan tiada golongan yang tercicir dalam era transformasi digital.

BRIDGING THE DIGITAL DIVIDE
01BDD1
02BDD2
03BDD4
04BDD5
05BDD6
06BDD7
02

DDMS 2.0

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memanfaatkan Digital Document Management System (DDMS) 2.0 sebagai amalan terbaik dalam transformasi digital bagi menyokong pencegahan risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Melalui sistem ini, semua dasar, prosedur, arahan kerja, HIRARC, laporan pemeriksaan, rekod audit, serta dokumen berkaitan KKP diurus secara sistematik, selamat dan mudah diakses oleh warga kerja. Pendigitalan dokumen ini meningkatkan kecekapan komunikasi, memastikan penggunaan dokumen terkini, mempercepatkan tindakan terhadap isu keselamatan serta mengurangkan risiko kesilapan akibat penggunaan dokumen yang tidak sah, sekali gus menyokong pematuhan kepada MS ISO 45001:2018 dan memperkukuh budaya kerja yang selamat, sihat dan produktif di MBIP.

DDMS 2.0
01LoginPage DDMS
29

Best Practices in Psychosocial Management

01

HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026

Hebahan Bulanan Poster Kesedaran Psikologikal Tahun 2025–2026

Bagi memperkukuhkan budaya kerja yang sihat dan menyokong kesejahteraan mental warga MBIP, Unit Psikologi dan Kaunseling telah melaksanakan hebahan Poster Kesedaran Psikologikal secara bulanan sepanjang tahun 2025 dan 2026. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental, pengurusan tekanan, keseimbangan antara kerja dan kehidupan, komunikasi berkesan, kesejahteraan emosi serta amalan psikologi positif di tempat kerja. Hebahan dilaksanakan melalui pelbagai platform komunikasi dalaman bagi memastikan maklumat mudah diakses oleh semua warga kerja, sekali gus menggalakkan persekitaran kerja yang lebih sihat, produktif dan menyokong kesejahteraan psikososial selaras dengan amalan terbaik pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pendekatan hebahan berkala seperti poster psikoedukasi merupakan salah satu kaedah yang membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kesihatan mental di tempat kerja.

HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026

01HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
02HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
03HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
04HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
05HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
06HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
07HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
08HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
09HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
10HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
11HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
12HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
13HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
14HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
15HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
16HEBAHAN POSTER KESEDARAN PSIKOLOGIKAL TAHUN 2025 DAN 2026
03

PROGRAM TAHUN 2025 DAN 2026

Bengkel Kesihatan Mental Peringkat MBIP & Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MBIP

Tarikh: 28 Oktober 2025

Unit Psikologi dan Kaunseling MBIP telah menganjurkan Bengkel Kesihatan Mental Peringkat MBIP yang turut merangkumi Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MBIP. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental di tempat kerja serta memperkukuhkan peranan AKRAB sebagai barisan sokongan awal dalam membantu warga kerja menghadapi cabaran psikososial, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, prihatin dan produktif.

Bengkel Bahasa Cinta: Kunci Keharmonian Pasangan dan KeluargaTarikh: 12 Mac 2026

Unit Psikologi dan Kaunseling MBIP telah menganjurkan Bengkel Bahasa Cinta: Kunci Keharmonian Pasangan dan Keluarga bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepentingan komunikasi yang berkesan serta penghayatan bahasa cinta dalam membina hubungan kekeluargaan yang harmoni. Program ini turut menyokong kesejahteraan psikologi warga kerja melalui pengukuhan hubungan kekeluargaan, sekali gus menyumbang kepada keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan.

AKRAB MBIP
04

PROGRAM TAHUN 2025 DAN 2026 / BENGKEL BAHASA CINTA KUNCI KEHARMONIAN PASANGAN DAN KELUARGA 12.3.2026

30

Best Practices in Road Traffic Safety Management

01

HEBAHAN RENCANA

HEBAHAN RENCANA
01RENCANA KKP BIL 2.2026
02RENCANA KKP BIL 3.2026
03RENCANA KKP BIL 5.2025
02

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH DAN DEFENSIF

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah dan Defensif sebagai usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kakitangan terhadap amalan pemanduan selamat. Kursus ini merangkumi pengenalan tanggungjawab pemandu, pengurusan buku log, teori dan latihan amali pemanduan defensif, penyelenggaraan kenderaan serta pengurusan kecemasan dan undang-undang jalan raya. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada amalan terbaik pemanduan bagi mengurangkan risiko kemalangan, memupuk budaya pemanduan berhemah serta memastikan keselamatan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.

03

PELAKSAAN DASAR PERJALANAN SELAMAT DAN PEMANDUAN BERHEMAH

MBIP Komited Melaksanakan Dasar Perjalanan Selamat dan Dasar Pemanduan Berhemah

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan setiap warga kerja semasa menjalankan tugas rasmi serta pergi dan balik kerja. Sejajar dengan komitmen tersebut, MBIP telah mewujudkan Dasar Perjalanan Selamat dan Dasar Pemanduan Berhemah sebagai panduan kepada semua warga kerja yang menggunakan kenderaan.

Pelaksanaan kedua-dua dasar ini bertujuan untuk membudayakan amalan perjalanan yang selamat, mengurangkan risiko kemalangan jalan raya serta memastikan setiap perjalanan dirancang dengan mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan pematuhan kepada peraturan lalu lintas.

PELAKSAAN DASAR PERJALANAN SELAMAT DAN PEMANDUAN BERHEMAH
01DASAR PEMANDUAN BERHEMAH
02DASAR PERJALANAN SELAMAT
04

PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGECATAN ZON PARKIR MOTOSIKAL

PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGECATAN ZON PARKIR MOTOSIKAL

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sedang melaksanakan kerja-kerja pengecatan Zon Parkir Motosikal di lokasi-lokasi strategik sekitar bandar bagi memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan terbaik, teratur serta mudah dikenal pasti oleh orang ramai.

Inisiatif penyelenggaraan ini merangkumi:

Mengecat semula garisan petak parkir motosikal mengikut piawaian semasa.

Meningkatkan aspek visual dan keselamatan kawasan parkir bagi kemudahan pengguna.

Menyediakan persekitaran yang lebih kondusif, teratur dan mesra pengguna.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan MBIP dalam menyediakan infrastruktur bandar yang berkualiti, mampan dan berorientasikan kesejahteraan komuniti.

PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGECATAN ZON PARKIR MOTOSIKAL
01Cat Zon Parkir 1
02Cat Zon Parkir 2
05

SISTEM LAMPU ISYARAT PINTAR (TRAFFICSENS)

MBIP melalui Southmax Sdn. Bhd. sedang melaksanakan kerja-kerja naik taraf Sistem Lampu Isyarat Pintar (TrafficSens) di kawasan Medini bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan melancarkan aliran trafik. Sehingga kini, 30 daripada 39 persimpangan telah berjaya dinaik taraf, manakala selebihnya masih dalam proses naik taraf dan penyerahan. Kerja-kerja turut melibatkan penyambungan sistem ke Iskandar Puteri Command Centre (IPCC) serta pemasangan kamera sensor bagi membolehkan pemantauan trafik secara masa nyata. Inisiatif transformasi digital ini membantu mengurangkan risiko kemalangan, mempercepat tindak balas terhadap insiden, dan meningkatkan kecekapan pengurusan trafik secara bersepadu.

SISTEM LAMPU ISYARAT PINTAR (TRAFFICSENS)
01TrafficSens 1
02TrafficSens 2
03TrafficSens 3

Complete walkthrough

Summary

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) komited dalam memperkukuhkan budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sebagai salah satu teras utama kecemerlangan organisasi. Bersesuaian dengan tema MiSHA ASIA Excellence Awards 2026 iaitu "Excellence in Psychosocial Risk Prevention: Building Healthy Workplaces, Thriving Workers, and High-performing Organizations" atau "Kecemerlangan dalam Pencegahan Risiko Psikososial: Membina Tempat Kerja yang Sihat, Pekerja yang Sejahtera dan Organisasi Berprestasi Tinggi", MBIP terus memperkukuhkan usaha dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif melalui pengurusan risiko yang holistik serta berteraskan kesejahteraan warga kerja. Berlandaskan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022), MS ISO 45001:2018 serta Sembilan Prinsip Pencegahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Principle of Prevention - OSHPoP), MBIP sentiasa memastikan setiap risiko di tempat kerja dikenal pasti, dinilai dan dikawal secara sistematik melalui pendekatan pencegahan yang menyeluruh. Pelaksanaan dasar, prosedur kerja selamat, penilaian risiko, pemantauan prestasi KKP serta penglibatan aktif semua peringkat organisasi membuktikan komitmen berterusan MBIP dalam menyediakan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif kepada seluruh warga kerja.

Seiring dengan perkembangan teknologi dan perubahan landskap pekerjaan, MBIP turut memperkukuhkan pengurusan risiko melalui pelaksanaan amalan terbaik yang merangkumi transformasi digital bagi pencegahan risiko KKP, pengurusan risiko psikososial, pengurusan keselamatan lalu lintas, pematuhan keperluan perundangan serta pengukuhan budaya kerja selamat di semua jabatan. Pelbagai inisiatif seperti penggunaan sistem digital, pemantauan berpusat, pembangunan kompetensi pekerja, pelaksanaan program kesedaran, penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) KKP serta penglibatan kepimpinan tertinggi dalam aktiviti keselamatan membuktikan bahawa aspek KKP sentiasa diberi keutamaan dalam setiap perancangan dan penyampaian perkhidmatan MBIP. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Malaysian Industrial Safety and Health Association (MiSHA) yang mengutamakan pencegahan risiko sebagai asas kepada kecemerlangan organisasi.

Penyertaan MBIP dalam MiSHA ASIA Excellence Awards 2026 bagi kategori MMA23 – MiSHA ASIA Excellence Award on OSH Risk Management in Government Sector 2026 merupakan manifestasi komitmen organisasi terhadap penambahbaikan berterusan dalam pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. MBIP percaya bahawa kecemerlangan dalam pengurusan risiko bukan sahaja diukur melalui pencapaian dan pengiktirafan, malah melalui usaha berterusan membentuk budaya kerja yang mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan setiap warga kerja. Dengan sokongan padu pihak pengurusan, penglibatan seluruh warga MBIP serta kerjasama semua pihak berkepentingan, MBIP akan terus memperkasakan amalan terbaik KKP bagi merealisasikan visi "Iskandar Puteri Pintar, Mampan dan Sejahtera", sekali gus menjadi penanda aras pengurusan risiko KKP yang cemerlang dalam sektor kerajaan.

Anugerah tinggi sumber inspirasi, Pelbagai acara menjadi juara, Warga MBIP cekap berdedikasi, Iskandar Puteri pintar, mampan dan sejahtera.
YANG BERHORMAT DATO' HAJI HASRIN KAMAL BIN HASHIM Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Preview