Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Malaysian Industrial Safety and Health Association (MiSHA)
Jabatan Kesihatan Awam
Sesi Penilaian
MiSHA Asia Excellence Awards 2026
Introduction About the Organization
LATAR BELAKANG MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) beralamat di Bangunan Temenggong Ibrahim, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor. MBIP kini diketuai oleh Datuk Bandar Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal Bin Hashim dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. MBIP merupakan kawasan yang paling pesat dibangunkan diantara lima buah koridor ekonomi yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan semenjak tahun 2010. MBIP berfungsi untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Selain itu, bertanggungjawab ke atas kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar , perlindungan dan kawalan alam sekitar , Pembangunan ekonomi dan sosial , pengurusan lalu lintas serta penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.
About the Site
Jumlah keseluruhan warga kerja MBIP
1,071orang Nisbah warga kerja lelaki dan perempuan ialah 2:1ABOUT THE SITE/ PROJECT / BRANCH
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mempunyai seramai 1,071 orang warga kerja yang terdiri daripada 715 orang lelaki (67%) dan 356 orang perempuan (33%). Nisbah warga kerja MBIP adalah 2:1, yang menunjukkan penglibatan tenaga kerja lelaki lebih tinggi berbanding wanita dalam pelbagai bidang perkhidmatan dan operasi bandar raya.
Dari segi kategori perjawatan, MBIP mempunyai 517 orang kakitangan tetap, 525 orang kakitangan kontrak termasuk kontrak interim, serta 29 orang kakitangan MySTEP. Statistik ini menunjukkan bahawa hampir 98% tenaga kerja MBIP terdiri daripada kakitangan tetap dan kontrak yang memainkan peranan penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkesan kepada masyarakat.
Selain itu, MBIP mempunyai 22 jabatan dan unit yang menyokong pelaksanaan fungsi utama organisasi. Bagi perjawatan tambahan, terdapat 21 personel PCF yang terdiri daripada 12 orang PCF MBIP dan 9 orang PCF Luar. Kakitangan MySTEP pula berperanan sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan kerjaya serta peningkatan kompetensi tenaga kerja.
Dengan kekuatan lebih daripada 1,000 warga kerja, MBIP terus komited untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan, meningkatkan kecekapan organisasi serta merealisasikan aspirasi bandar raya yang mampan, sejahtera dan berdaya saing, selaras dengan nilai korporat Cekap, Telus, Berintegriti dan Inovatif.
Organization Chart
CARTA ORGANISASI
Majlis Bandaraya
Iskandar Puteri
Carta ini memaparkan struktur organisasi MBIP yang diterajui oleh Datuk Bandar, disokong oleh Setiausaha, Timbalan Setiausaha, Ahli Majlis, jabatan dan unit utama.
Environmental standard
Obtained ISO 14001:2015 Certification
PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR MS ISO 14001:2015
Obtained OSH Awards from MiSHA
5. ANUGERAH KKP DARI MISHA
MiSHA ASIA EXCELLENCE AWARD ON OSH PRINCIPLE OF PREVENTION (OSHPoP) 2025
Buat julung kalinya, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berjaya merangkul anugerah berprestij pada 23 Januari 2026 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) apabila memenangi Anugerah Emas (Gold) bagi kategori MiSHA Asia Specific Award untuk MiSHA Asia Excellence Award on Environmental Management 2025.
Selain itu, Pengarah Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Puan Nurulain binti Rahmat, turut menerima Anugerah Kelisa Emas (Individu Cemerlang KKP) 2025.
Pencapaian ini membuktikan komitmen dan dedikasi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dalam memastikan kesejahteraan warga kerja serta pemegang taruh. Pada masa yang sama, kejayaan ini turut menyumbang kepada peningkatan kecekapan sistem pentadbiran secara holistik.
Anugerah MiSHA merupakan pengiktirafan kepada organisasi yang komited dalam meningkatkan tahap pengurusan risiko, keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (RKKA) di tempat kerja, selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026–2030.
MiSHA Asia Specific Award untuk MiSHA Asia Excellence Award on Environmental Management 2025
Anugerah Kelisa Emas (Individu Cemerlang KKP) 2025
Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Datuk Bandar MBIP dan Puan Nurulain Binti Rahmat, Pengarah Kesihatan Awam,MBIP menerima anugerah MiSHA Asia Specific Award untuk MiSHA Asia Excellence Award on Environmental Management 2025
Penerima Anugerah Kelisa Emas (Individu Cemerlang KKP) 2025 (Puan Nurulain Binti Rahmat), Pengarah Kesihatan Awam, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Sesi bergambar bersama Datuk Bandar, Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal Bin Hashim selepas selesai sesi penerimaan anugerah kepada semua pemenang.
Pegawai – pegawai yang turut hadir bersama semasa MiSHA ASIA EXCELLENCE AWARD ON OSH PRINCIPLE OF PREVENTION (OSHPoP) 2025
Obtained OSH Awards from Other Organization
ANUGERAH KKP DARI BERLAINAN ORGANISASI
MALAYSIAN SOCIETY FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (MSOSH)
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan dalam bidang keselamatan, kesihatan pekerjaan dan pengurusan organisasi. Antara pencapaian yang diperoleh ialah Anugerah MSOSH 2021 Gold Class II serta pengiktirafan Safety Excellence Elite Award (MSOSH-CUEPACS) Ke-43 pada tahun 2025. Selain itu, MBIP turut menyertai Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara sebagai usaha berterusan ke arah memperkukuh budaya kerja yang selamat dan sihat.
Environment Criterion 07
Confirmation of Zero Fatality
SIFAR KEMATIAN
Berdasarkan Daftar Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan bagi tahun 2025, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) merekodkan seramai 1,071 orang warga kerja. Sepanjang tempoh tersebut, tiada kes kemalangan maut dilaporkan, sekali gus mencatatkan sifar kematian di tempat kerja.
Walau bagaimanapun, sebanyak dua (2) kes kemalangan yang mengakibatkan kehilangan hari bekerja (Lost Time Injury, LTI) telah direkodkan. Sehubungan itu, usaha memperkukuh kesedaran dan pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan warga kerja akan terus dipertingkatkan. Inisiatif ini penting bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif, di samping membudayakan amalan kerja selamat dalam kalangan seluruh warga MBIP.
Kes kemalangan maut dilaporkan sepanjang tempoh rekod.
Warga kerja MBIP direkodkan dalam daftar kemalangan 2025.
Kes kehilangan hari bekerja untuk pemantauan dan tindakan susulan.
Kesedaran, pematuhan dan budaya kerja selamat terus diperkukuh.
Confirmation of No Property Damage
Tiada kerosakan harta benda melebihi RM1 juta
Confirmation of Zero Compound
Kompoun DOSH / JKKP
Evidence summary
SIFAR KOMPOUN DARIPADA DKKP 2025/2026
Sepanjang tempoh 1 Januari 2025 hingga 1 Mac 2026, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) tidak menerima sebarang kompaun daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). Pencapaian ini mencerminkan tahap pematuhan MBIP terhadap peruntukan undang-undang serta keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkuat kuasa.
Walau bagaimanapun, MBIP akan terus komited dalam memperkukuh pematuhan terhadap perundangan, standard dan amalan terbaik berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Usaha penambahbaikan secara berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif, selaras dengan aspirasi organisasi ke arah kecemerlangan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan.
Tiada tindakan kompaun diterima sepanjang tempoh rekod yang dilaporkan.
Pencapaian ini menunjukkan pematuhan MBIP terhadap perundangan dan keperluan KKP semasa.
MBIP terus memperkukuh kawalan, amalan terbaik dan persekitaran kerja yang selamat.
Environmental governance
Evidence of Strong Environmental Policy
DASAR DAN PEMATUHAN ALAM SEKITAR YANG KUKUH
Dasar, objektif dan peraturan alam sekitar MBIP disahkan sebagai panduan operasi.
Komitmen ini menjadi asas kepada warga MBIP untuk melindungi alam sekitar, mencegah pencemaran, mengurus sumber dan sisa dengan lebih teratur serta memastikan setiap tindakan mematuhi keperluan undang-undang semasa.
Mengambil langkah mencegah pencemaran udara, air dan tanah melalui kawalan yang konsisten.
Mengurus aspek dan impak alam sekitar dengan fokus kepada penggunaan sumber serta pengurangan sisa.
Memperkukuh sistem pengurusan alam sekitar secara berterusan untuk meningkatkan prestasi organisasi.
Memastikan keperluan perundangan dan peraturan berkaitan alam sekitar dikenal pasti, dinilai dan dipatuhi.
Efficient resource management
Bukti Kecekapan Sumber
Tenaga, air dan bahan mentah diurus melalui inisiatif yang boleh dilihat, disemak dan dibuktikan.
Kapasiti sistem solar fotovoltaik di Menara MBIP.
Anggaran tenaga elektrik yang dijana daripada sistem solar.
Air hujan digunakan semula untuk kegunaan bukan minuman.
Bahan semula jadi untuk reka bentuk landskap rendah impak.
Alat Penderia Gerakan & Sistem Panel Solar
Penderia gerakan dipasang di Menara MBIP untuk mengawal pencahayaan secara automatik mengikut penggunaan ruang. Sistem solar fotovoltaik pula beroperasi sejak 24 Disember 2021 dengan kapasiti 30.1 kWp dan anggaran janaan sekitar 4,500 kWh tenaga elektrik.
Sistem Penyimpanan Air Hujan (SPAH)
SPAH mengumpulkan air hujan daripada bumbung bangunan dan menyimpannya untuk kegunaan bukan minuman seperti penyiraman landskap, pembersihan kawasan dan pembilasan tandas. Pelaksanaan ini membantu mengurangkan penggunaan air terawat serta menyokong pengurusan sumber air yang mampan.
Penggunaan Buluh Sebagai Bahan Semula Jadi
MBIP menggunakan buluh sebagai bahan semula jadi yang tahan lasak, mudah dibentuk dan sesuai untuk reka bentuk landskap rendah impak. Pendekatan ini mengurangkan kebergantungan kepada bahan binaan berat serta menonjolkan elemen lestari dalam pameran dan pertandingan landskap.
Waste reduction evidence
Pengurangan Sisa, Kitar Semula & Ekonomi Kitaran
Bukti amalan yang mengurangkan pembaziran, memanjangkan hayat bahan dan menyokong pengurusan sisa mampan.
Rantaian Pengurangan Sisa MBIP
MBIP menggabungkan kawalan photocell, budaya 3R di pejabat dan program Drive To Save untuk mengurangkan pembaziran sumber serta meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap ekonomi kitaran.
Jumlah bahan kitar semula direkodkan bagi tahun 2025 hingga Jun 2026.
Penyertaan terkumpul melalui aktiviti Drive To Save.
Reduce, Reuse dan Recycle dibudayakan di pejabat MBIP.
775 peserta · 10 siri kutipan
305 peserta · 6 siri kutipan
Photocell Mengurangkan Pembaziran Tenaga
Photocell dipasang di perimeter bangunan dari Aras 2 hingga Aras 13 untuk mengawal lampu secara automatik mengikut tahap cahaya persekitaran. Lampu menyala apabila keadaan gelap dan terpadam apabila cahaya semula jadi mencukupi, sekali gus mengurangkan pembaziran tenaga elektrik.
Budaya 3R Di Pejabat
MBIP membudayakan konsep Reduce, Reuse dan Recycle melalui pengasingan bahan seperti kertas, plastik, kaca, kotak dan bahan lain yang masih boleh dimanfaatkan. Amalan ini mengurangkan sisa ke tapak pelupusan dan menggalakkan penggunaan sumber secara lebih berhemah.
Drive To Save
Drive To Save dilaksanakan secara pandu lalu di Loading Bay Aras LG MBIP. Peserta membawa bahan seperti plastik, kertas, kaca, logam, e-waste, minyak terpakai dan fabrik untuk dikitar semula, sambil meningkatkan kesedaran terhadap impak sisa kepada alam sekitar.
Warisan Kain Benang Johor
Pavilion The Land & Loom mengangkat konsep "Regalia: The Essence of Johor's Heritage" sempena Hari Landskap Negara 2026. Reka bentuk ini menggabungkan inspirasi tenunan Kain Benang Johor dengan elemen interaktif, bahan semula jadi dan kitar semula, tuaian air hujan serta pendekatan Nature-based Solutions untuk landskap yang lebih mampan.
Green procurement & sustainable operation
Perolehan Hijau & Operasi Kelestarian
Bukti bahan, kemudahan dan sistem pintar yang menyokong operasi MBIP lebih cekap, rendah karbon dan mampan.
Serpihan kayu dimanfaatkan sebagai bahan lantai dan kemasan.
Bahan daripada sisa kadbod minuman dan komposit.
Kemudahan parkir khas dan pengecasan kenderaan elektrik.
Pemantauan keselamatan awam di kawasan pentadbiran MBIP.
Dari bahan binaan lestari hingga sistem bandar pintar.
Content ini menggabungkan bukti perolehan bahan hijau, kemudahan EV, pemantauan tenaga dan udara, keselamatan bandar pintar serta teknologi kitar semula komuniti.
Perolehan Hijau
OSB & Ecopeal
OSB menggunakan serpihan kayu sebagai bahan bertekstur untuk kemasan lantai, manakala Ecopeal dihasilkan daripada sisa kadbod minuman dan komposit. Kedua-dua bahan ini menyokong penggunaan semula sumber dan mengurangkan pembaziran bahan mentah.
Mobiliti Rendah Karbon
Kemudahan EV & EVCS
MBIP menyediakan dua petak parkir khas kenderaan elektrik bersama stesen pengecasan EV di Aras LG dan Aras B. Kemudahan ini menggalakkan penggunaan kenderaan rendah karbon dalam operasi bandar.
Operasi Kelestarian
Real Time Energy Monitoring System
EMS mengumpul, menganalisis dan memaparkan penggunaan tenaga secara masa nyata melalui dashboard yang mudah dipantau. Sistem ini membantu pengurusan tenaga dibuat dengan lebih cekap dan mampan.
Kualiti Udara
Air Quality Monitoring System
Sistem pemantauan kualiti udara merekod dan menganalisis tahap udara secara real-time di lokasi seperti SiLC dan Taman Nusantara, seterusnya membantu amaran awal dan kawalan pencemaran.
Bandar Pintar
CCTV & IPCCC
Sebanyak 198 unit CCTV dipantau melalui Tactical Strategic Centre, IPCCC bagi menyokong keselamatan awam, pemantauan trafik dan tindakan pantas terhadap insiden bandar.
Kitar Semula Pintar
Eco Can Bin & Smart RecyLink
Eco Can Bin dan Smart RecyLink Station menggunakan pendekatan teknologi, ganjaran dan kolaborasi komuniti untuk menjadikan amalan kitar semula lebih mudah, interaktif dan berterusan.
Employee engagement
Penglibatan & Kesedaran Alam Sekitar
Program kesedaran, latihan dan komuniti disusun sebagai bukti bahawa amalan alam sekitar diterjemahkan dalam kerja harian.
Daripada taklimat dalaman kepada aksi komuniti.
MBIP menggabungkan rawatan sungai, kesedaran tempat kerja, latihan tumpahan bahan kimia, pengurusan buangan terjadual, plogging dan Car Free Night sebagai satu rangkaian amalan lestari.
Sungai
Rawatan Sungai Dengan EM Mudball
MBIP melaksanakan rawatan dan pemantauan pelepasan sisa air di pejabat MBIP Medini melalui persampelan final discharge serta penggunaan EM Mudball secara berkala bagi menyokong kualiti air yang lebih terkawal.
Kesedaran
Taklimat Kesedaran Alam Sekitar Di Tempat Kerja
Taklimat ini membantu warga kerja memahami peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan, mengurangkan pembaziran dan mematuhi amalan alam sekitar yang sesuai dengan operasi harian.
Kesiapsiagaan
Latihan Pengurusan Tumpahan Bahan Kimia
Latihan praktikal tumpahan bahan kimia memperkukuh kesiapsiagaan warga kerja melalui simulasi, penggunaan peralatan kawalan dan tindakan respons yang selamat serta tersusun.
Buangan
Stor Bahan Buangan Terjadual
Penyediaan stor buangan terjadual memastikan bahan disimpan, diasingkan dan dipantau dengan lebih teratur supaya pengurusan buangan mematuhi keperluan keselamatan dan alam sekitar.
Komuniti
Plogging Jalan Angkat / Program Johor Bersih
Aktiviti plogging dan Johor Bersih menggalakkan penglibatan warga kerja bersama komuniti dalam membersihkan kawasan awam, mengurangkan sisa dan membina budaya tanggungjawab bersama.
Rendah karbon
Car Free Night Iskandar Puteri
Car Free Night Iskandar Puteri menghidupkan ruang bandar melalui aktiviti riadah, komuniti dan keluarga sambil menyokong gaya hidup rendah karbon serta penggunaan ruang awam yang lebih sihat.
Competent person readiness
Ketersediaan Pegawai Kompeten Alam Sekitar
Empat pegawai MBIP disediakan untuk mengikuti kursus CEPSWAM bagi mengukuhkan pengurusan buangan terjadual dan pematuhan alam sekitar.
21 hingga 25 September 2026
Penyertaan ini melibatkan tiga Pegawai Kesihatan Persekitaran dan seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Awam untuk memperkukuh kompetensi teknikal berkaitan buangan terjadual.
Memahami keperluan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pengurusan buangan terjadual.
Mengenal pasti, mengklasifikasi, melabel dan menyimpan buangan terjadual dengan betul.
Melaksanakan amalan pengurusan buangan terjadual yang berkesan di tempat kerja.
Membentuk kakitangan kompeten yang menyokong operasi alam sekitar MBIP secara berterusan.
Puan Nurulain Binti Rahmat
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Haji Muhammad Zamir Bin Mohd Zahran
Pegawai Kesihatan Persekitaran
En. Ahmad Norasyhraff Bin Abdul Rani
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Puan Nur Nazihah Binti Khamis
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Complete walkthrough
RUMUSAN
Penyertaan MBIP dalam MiSHA Awards adalah bertujuan mendapatkan pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan organisasi dalam aspek keselamatan, kesihatan pekerjaan serta pengurusan alam sekitar. Di samping itu, penyertaan ini menjadi platform untuk menilai keberkesanan amalan dan inisiatif yang dilaksanakan, menggalakkan penambahbaikan berterusan serta mengukuhkan budaya kerja yang selamat, sihat dan mampan. Pengiktirafan melalui MiSHA Awards juga dapat meningkatkan imej dan kredibiliti MBIP sebagai pihak berkuasa tempatan yang komited terhadap amalan tadbir urus dan pengurusan organisasi yang cemerlang
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) juga komited untuk membangun, melaksanakan dan memperkukuh sistem pengurusan alam sekitar di seluruh kawasan pentadbirannya. Selaras dengan komitmen tersebut, MBIP sedang dalam proses pensijilan MS ISO 14001:2015 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS).
MBIP turut menubuhkan Unit Bandar Pintar bagi menerajui pelaksanaan inisiatif bandar pintar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah sistem pemantauan bunyi bising, kualiti udara dan kualiti air. Selain itu, MBIP telah memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan pentadbirannya bagi memantau lokasi berisiko, termasuk aspek keselamatan, bencana dan isu persekitaran yang memerlukan tindakan segera.